Adik-adik, Pada masa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman, semua
binatang, syaitan dan jin adalah dibawah kekuasaan pemerintahan kerajaan Nabi
Sulaiman. Kisah ini adalah diantara kisah-kisah yang terjadi semasa
pemerintahan Nabi Allah Sulaiman.
Oleh kerana baginda amat dihormati, ramailah manusia,
binatang dan jin ingin berbakti kepada baginda. Pada suatu hari Jin Ifrit telah
keluar daripada bandar Baitulmaqdis kerana ingin mencari sebiji mutiara yang
sangat cantik untuk dihadiahkan kepada Nabi Sulaiman supaya dia mendapat pujian
daripada Nabi Sulaiman dan sekaligus ingin membuktikan kepada jin dan syaitan
yang lain bahwa dialah jin yang paling disayangi oleh Nabi Sulaiman. Secara
senyap-senyap Jin Ifrit keluar supaya tidak diketahui oleh makhluk yang lain.
Setelah sampai di Laut Merah Jin Ifrit menyelam di dasar lautan untuk mencari
mutiara tersebut.
Setelah puas menyelam, mutiara tersebut tidak juga dijumpai
oleh Jin Ifrit sehingga sampai ke suatu tempat yang berbatu, ternampak olehnya
kilauan dari celah-celah batu tersebut. Setelah diamatinya ternyata kilauan
tersebut adalah mutiara yang sangat cantik yang dicari-carinya. Jin Ifrit terus
mangambil mutiara tersebut dan berenang sehingga sampai ke tepi pantai.
Semasa perjalanan pulang, Jin Ifrit tidak mengetahui bahawa
dia telah diekori oleh jin lain yang bernama Bota. Bota terus mengejar Jin
Ifrit dan memintas lalu merampas mutira tersebut. Jin Ifrit sangat marah lalu
mengejar Bota. Oleh kerana Bota lari dengan pantas ke arah selatan menyebabkan
Jin Ifrit tidak dapat mengejarnya lagi. Jin Ifrit sangat takut kalau-kalau
diketahui oleh Raja Jin bahwa mutiara tersebut telah hilang. Tidak lama
kemudian Jin Ifrit mendengan suara memanggilnya. Ifrit mengenali suara tersebut
adalah suara Raja Jin. Dengan segera Ifrit pergi mengadap Raja Jin. Raja Jin
bertanya kepada Ifrit "Mana mutiara tersebut ?" Ifrit menjawab
"Mutiara tersebut telah dirampas oleh Bota".
Raja Jin mengambil keputusan untuk mempersempahkan kes
tersebut kepada Nabi Sulaiman. Setelah tiba dihadapan Nabi Sulaiman, baginda
bertanya kepada Raja Jin "Apakah kesalahan Ifrit?". Raja jin menjawab
"Ifrit telah menghilangkan sebiji mutiara yang sangat cantik". Nabi
Sulaiman berkata kepada Ifrit "Adakah kamu telah menyembunyikan mutiara
tersebut?" Ifrit menafikannya dan menceritakan apa yang sebenarnya
berlaku. Nabi Sulaiman berkata "Aku akan panggil semua jin dan syaitan
untuk diperiksa". "Sementera itu kamu akan dipenjarakan terlebih
dahulu sehingga kamu dibuktikan tidak bersalah" kata Nabi Sulaiman.
Salah seorang yang mendengar perbicaraan tersebut ialah
Perdana Menterinya yang bernama Asif. Beliau adalah seorang yang bijak dan tahu
bahawa Bota adalah salah seorang hamba kepada orang lain. Beliau berkata kepada
Nabi Sulaiman " Allah menjadikan peristiwa sebagai pembuka jalan kepada
Nabi Sulaiman supaya pergi ke selatan untuk berjuang pada jalan Allah seperti
baginda janjikan dahulu". "Mungkin Raja tersebut masih menyembah
berhala" sambung Perdana Menteri. Nabi Sulaiman menerima kata-kata
tersebut lalu baginda berangkat ke Baitulmaqdis untuk beribadah dan bersyukur
kepada Allah keatas nikmatNya.
0 comments:
Post a Comment