Imam Ghazali menerangkan dalam kitabnya, khawasul Quran; Bahawa
lbnu Qutaibah meriwayatkan suatu peristiwa yang terjadi di negeri Basrah.
Seorang pedagang bernama Ka'ab telah pergi ke negeri Basrah dengan membawa
barang dagangannya, untuk dijual di Basrah. Setelah Ka'ab sampal di sana.
Ia mencari tempat penginapan, tetapi semuanya telah dipenuhi oleh
pedagang-pedagang yang telah datang lebih awal. kemudian ka'ab melihat ada
sebuah rumah kosong, dindingnya terdapat banyak sarang labah-labah.
Kelihatannya rumah itu telah lama tidak didiami orang, ka'ab bertemu dengan
tuan rumah tersebut, Ia ingin menyewa tempat itu selama lebih kurang satu
minggu.
Kata tuan punya rumah tersebut; 'Rumah ini aneh sekali, selalu
menjadi buah bicara masyarakat ramai. Menurut kata orang, rumah ini didiami
oleh jin ifrit, banyak orang yang menempati masa kerananya". ka'ab
berkata; "Meskipun demikian kerana tempat lain tidak ada, saya sedia
tinggal di sini asal saja tuan mengizinkan". "Baiklah", kata
empunya rumah, saya tidak keberatan dan saya tidak memungut sewa apa-apa",
kata tuan rumah. Ka'ab tinggal di rumah itu mulai petang hari dan tidak merasa
takut tetapi setelah setengah malam Ka'ab nampak bayang hitam dengan dua buah
mata menyala-nyala seperti api, mendekati Ka'ab.
Maka Ka'ab bangun membaca; AIIaahuIa iIaa ha llIaa huwal
hayyul qayyuuum"tetapi bayang-bayang itu selaiu mengikuti apa-apa yang
dibaca oleh ka'ab, sehingga hampir pada akhir ayat. Tetapi setelah Ka'ab
membaca akhir ayat berbunyi; "Walaaya udhuhffzuhumaa wa
huaIallyyuIazim', tidakterdengar lagi suara yang mengikutinya, Ka'ab hal
ran dan ulanginya lagi; aWalaa ya uudhu hifzuhuma wa huwal aliyyul
azhm", tetapi tidak terdengar lagi suara yang mengikutinya, maka
dibacanyalah berulang kali dan bayangan hitam itu pun hilanglah dan pandangan
Ka'ab.
Dan Ka'ab terbau sesuatu bau seperti ada
sesuatu yang terbakar. Kemudian Ka~ab tidur di tempat itu dengan tidak mendapat
apa-apa gangguan. Di pagi han Ka'ab melihat pada salah satu sudut rumah itu
terapat bekas-bekas seperti ada sesuatu yang telah terbakar dan nampak ada
abunya.
Di saat itu ka'ab mendengar suatu suara
berkata; "Hal Ka'ab, engkau telah membakar jin Ifrit yang ganas",
Ka’ab hairan dan berkata; "Dengan apa aku membakarnya?" jawab suara
itu; "Dengan Firman Tuhan "Walaa ya uuduhu hifzuhumaa wahu wal
aliyyul azllm".
0 comments:
Post a Comment